The Island Thinkers Studio
(PG0274667-V)
The Island Thinkers Studio atau lebih mesra dikenali sebagai 'Island Thinkers' atau 'Thinkers' merupakan sebuah syarikat milikan tunggal anak muda Pulau Pinang. Syarikat ini dengan rasminya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 7 Disember 2010 namun ia telah wujud sejak awal tahun 2009 lagi dengan nama "Short But High Design'.
Minat yang mendalam terhadap dunia seni terutamanya seni reka visual telah menjadi dorongan yang kuat untuk menjadikan ia sebagai satu cita-cita. Berbekalkan minat, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki, Thinkers berimpikan sebuah pusat yang akan mengetengahkan nama dan seni dari tempat kelahiran. Thinkers yang telah melalui pahit maung untuk mencipta nama dalam dunia seni visual ini telah melihat anak-anak muda Pulau Pinang yang berbakat dalam bidang seni reka visual terutamanya anak Melayu tempatan tidak mendapat ruang dan kesempatan untuk menonjolkan potensi masing-masing seperti kebanyakan peluang yang diterima oleh anak-anak muda di Ibu Kota atau bangsa asing. Impian untuk menyatukan anak seni pulau ini telah pun bergerak dan dengan gandingan tenaga yang dimiliki, kumpulan ini kini lebih dinamik dan pelbagai dalam menghasilkan ciptaan yang kreatif dan impak. Usaha untuk menaikkan mutu, kualiti dan kecekapan terus ditingkatkan demi kepuasan semua pihak.
The Island Thinkers Studio menjalankan perniagaan berasaskan rekaan (design), iaitu :-
- mereka dan membekal seni reka visual (grafik) untuk sebarang bentuk pengiklanan samada pengiklanan cetakan, multimedia, radio atau televisyen;
- membuat rekaan untuk laman web*;
- membuat rekaan untuk dunia korporat;
- membuat rekaan untuk sebarang bentuk cetakan seperti buku, profil syarikat, kad kahwin, kad jemputan, kad perniagaan, kad perayaan, poster, sticker, banner, streamer / bunting, signboard, flyers, brochure, poskad, dan sebagainya;
- membuat rekaan untuk pembentangan;
- membuat rekaan untuk pembungkusan;
- membuat rekaan untuk penjenamaan seperti logo dan pemasaran jenama;
- membuat rekaan untuk cetakan pada pakaian, topi, beg dan sebagainya;
- membuat 'editing' untuk gambar
- dan banyak lagi rekaan yang menakjubkan untuk tujuan komersil.
Kami juga turut menjalankan perniagaan pengurusan iaitu menguruskan acara majlis. Antaranya seperti :-
- majlis perkahwinan;
- majlis korporat;
- majlis pelancaran;
- majlis perayaan;
- majlis keramaian;
- majlis hiburan / pertunjukan;
- dan mini bazar.
Adalah misi kumpulan ini iaitu menjadi pusat senireka Pulau Pinang yang menghimpunkan pelbagai cabang bidang seni yang berkualiti. Oleh itu, diharapkan pada masa akan datang akan wujud lebih banyak cabang bidang seni dalam kumpulan The Island Thinkers Studio. Semoga dengan dorongan dan sokongan yang diterima dari semua pihak akan menjadikan impian anak muda Pulau Pinang ini berjaya satu hari nanti.
Thinkers mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan dalam anak muda berjiwa seni seperti kami ini di Pulau Pinang.
Sekiranya anda berada di luar Pulau Pinang dan berminat dengan 'jiwa' seni kami, Thinkers amat mengalu-alukan kerjasama dengan anda.
*masih dalam percubaan
"It's Nothing. Just doing a good business and network."