Friday, February 4, 2011

SELAMAT DATANG! WELCOME!

Logo The Island Thinkers Studio


Terima kasih bebanyak kepada semua yang sedang membaca ni sebab sudi singgah di blog studio Thinkers ni! Terharu rasanya dapat sokongan tak putus-putus dari semua pihak sehingga sekarang..
Thinkers rasa teruja gilerrr dengan apa yang sedang Thinkers usahakan dan sekarang atas sokongan dan permintaan ramai, Thinkers sedang mengorak langkah ke dunia maya~ Thinkers IS NOW ONLINE!~weeehooooooooooo~ 

Owh, sebelum tu Thinkers minta maaf sebab penggunaan bahasa yang kurang formal di sini. Sebabnya Thinkers percaya dunia maya ini telah mencetuskan satu budaya 'jiwa muda' untuk semua golongan tak kira usia. Walaupun gaya bahasa terlalu 'funky' atau muda, Thinkers percaya dengan cara ini semua golongan dapat memahami penyampaian Thinkers dengan lebih mudah (tapi itu tak bermakna cara Thinkers tidak profesional!) Thinkers akan cuba jaga 'adab' dan dalam masa yang sama akan kekalkan 'bonding' atau melayunya pertalian kita agar lebih mesra alam untuk memudahkan urusan. Ok semua? Canteeekkkkk~ (^_^)v

Jadi apa yang ada di blog studio Thinkers ni??

Haa, bagi yang sudah kenal dengan kumpulan Thinkers ni, SYABAS diucapkan kerana masih ada ingatan memori yang kuat..hehe..gurau-gurau sekejap..sebenarnya, TAHNIAH diucapkan sebab masih mengikuti perkembangan Thinkers! Bagi yang baru terserempak dengan nama THE ISLAND THINKERS STUDIO, korang kenalah 'panjang tangan' sikit..oppss..bukan mencuri tau, tapi untuk klik kat bahagian atas tu bertajuk 'Kenali Thinkers' (atau klik je kat sini, lagi senang~)

Dalam blog ni, pengunjung dan penyokong Thinkers akan dimaklumkan tentang perkembangan semasa kumpulan Thinkers, baik projek semasa mahupun penempahan barang. Thinkers jugak akan kemas kini, atau orang zaman sekarang sebut 'update' tentang perkara-perkara yang relevan atau pos-pos yang menarik untuk kita kongsi bersama. So, amacam?? Seronok dak??

Thinkers harap dengan adanya medium perhubungan terbaru ni, penyokong, pengunjung, pelanggan setia dan pelanggan baru kumpulan ini akan setia dengan Thinkers kerana anda semua tetap di'thinking' (fikiran) Thinkers. Lagipun, kalau bukan kerana korang, mungkin Thinkers tak ada hari ini. 

TERIMA KASIH SEMUA!!! THINKERS SAYAANNNNGG KORAAANNGGG~
Thinkers rasa terharu dan emosi..minta diri dulu..nak pi menangih ayaq mata gembira..:p
XOXO

No comments:

Post a Comment