Dalam dunia perniagaan mahupun korporat, adalah penting untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan. Dan untuk mendapatkan kenalan, 'kad pengenalan diri' haruslah bercakap terlebih dahulu. Tetapi, kad pengenalan APA dan yang MACAM MANA mampu bercakap dengan jelas tentang siapa diri kita, itulah yang paling penting.
Thinkers percaya, tidak ramai yang melihat kad pengenalan ini sebagai satu alat pemasaran yang penting. Sebenarnya ia adalah kunci pertama yang meletakkan anda dan organisasi anda samada di atas atau di bawah ataupun akan diingati atau dilupakan pada pertemuan pertama dengan bakal klien anda. Jika tidak, kenapa setiap orang di negara ini wajib mempunyai myKad? Sedangkan myKad juga ada kategorinya tersendiri. Meskipun anda adalah orang baru dan tiada pengalaman bersosial, kad pengenalan diri yang baik boleh mencetuskan corak perkenalan yang menarik!
Sebelum itu, ada satu lagi Thinkers nak jelaskan tentang perkhidmatan kami iaitu:
- *konsultan (konsep & 'brainstorming') + rekaan (berbalas emel atau perjumpaan untuk pengesahan) = RM 35
- rekaan sahaja (berbalas emel atau perjumpaan untuk pengesahan) = RM10
Satu nasihat yang baik: Jangan takut untuk meluahkan buah fikiran anda! Thinkers boleh 'lihat' idea anda melalui cerita yang disampaikan. =)
OK, let's get down to business~!
Tawaran Thinkers:
- Saiz : 86mm x 52mm (portrait / landscape)
- Material: Art Card 260gm (tebal)
- Colour: Full colour
- Print side: 1 or 2 sides
- Printing: Digital Print
- Tempoh siap: 3 - 6 hari bekerja selepas pengesahan rekaan (design)
- Penghantaran Percuma: Pulau Pinang; Semenanjung Malaysia (minimum tempahan 200pcs)
- Potongan harga untuk ulang cetak.
- Rekaan adalah milik penuh The Island Thinkers Studio. Hanya salinan berformat .jpeg akan diserahkan. Sekiranya anda ingin membeli rekaan asal, caj RM20 bagi setiap rekaan per-nama akan dikenakan dan akan diserahkan dalam format photoshop (.psd).
Harga kad nama dibawah adalah termasuk harga rekaan (RM10) bagi satu nama :
- 100pcs : 1 side (RM25.00), 2 sides (RM37.00)
- 300pcs : 1 side (RM63.00 ), 2 sides (RM83.00)
- 500pcs : 1 side (RM85.00), 2 sides (RM120.00)
- 1000pcs : 1 side (RM158.00), 2 sides (RM230.00)
Prosedur Tempahan dan Bayaran:
- Setuju bekerjasama dan mengisi borang tempahan
- Proses tempahan rekaan (design) akan bermula apabila wang deposit sekurang-kurangnya 30% dari jumlah tempahan dibayar secara tunai atau di 'bank-in'. Makluman pembayaran hendaklah dibuat agar proses tempahan dapat bermula. Sekiranya bayaran dibuat secara online, sila emelkan slip pembayaran yang dibuat ke islandthinkers@gmail.com.
- Proses rekaan akan bermula setelah pengesahan bayaran dipastikan. Proses ini mengambil masa 1-2 hari bekerja bergantung pada tahap kesukaran dan tempahan yang diterima.
- 'Artwork' (hasil kerja) untuk pengesahan akan diemelkan setelah selesai. Sila pastikan emel yang anda berikan adalah betul dan berfungsi untuk mengelakkan sebarang masalah kelewatan.
- Anda diminta untuk menyemak dengan teliti bagi memastikan tiada masalah setelah pengesahan dibuat. Jika ada sebarang perubahanan yang diingini, anda bolehlah memaklumkan pihak Thinkers sebelum membuat pengesahan terakhir.
- Proses cetakan hanya akan bermula setelah menerima pengesahan hitam-putih dan bayaran selebihnya dari anda. Tempoh cetakan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hari.
- Sekiranya terdapat pembetulan yang ingin dibuat setelah pengesahan dan proses cetakan telah bermula, ini adalah di luar tanggungjawab pihak Thinkers kerana ruang untuk semakan telah diberi. Jika ia berlaku, anda diminta untuk menanggung kos cetakan semula.
- Setelah siap, pihak Thinkers akan menghubungi anda memaklumkan tentang tempahan yang siap. Penghantaran percuma akan dibuat sekiranya anda inginkan perkhidmatan tersebut.
- Bayaran berbentuk 2x iaitu deposit sekurang-kurangnya 30% di awal tempahan serta bayaran selebihnya sebelum proses cetakan hendaklah dibuat secara tunai atau bank-in ke akaun (Maybank): 112447033409 dan memaklumkan kepada pihak Thinkers apabila bayaran telah dibuat.
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh meninggalkan komen ataupun terus menghubungi Thinkers di islandthinkers@gmail.com.
It's Nothing. Just Doing A Good Business and Network.
No comments:
Post a Comment